20 Makanan Yang melegakan Masalah Usus Anda
Kali ini saya nak tulis tentang beberapa makanan yang boleh membantu melegakan masalah usus seperti kembung, sembelit dan gastrik.
Jom kita semak 20 makanan tersebut !
1. Betik
Betik mengandungi papain, yang merupakan enzim pencernaan yang kuat bagi menyumbang kepada pencernaan protein yang sihat
2. Kulit Buahan Citrus seperti limau (jeruk)
Kulit jeruk, ianya makanan pahit, dapat mengatur pencernaan, membantu hempedu yang lebih sihat, dan menyokong proses detoksifikasi di dalam hati (liver)
3. Halia
Halia adalah sebahagian daripada keluarga karminatif. Karminatif adalah herba yang membantu menenangkan saluran pencernaan dan ianya amat baik dalam membolehkan membuang angin dalam badan
4. Epal
Epal mengandungi kandungan pektin yang tinggi, iaitu sejenis serat yang dapat meneutralkan asid dalam perut
5. Oat
Oat yang diproses tanpa gula tambahan, adalah sumber vitamin dan mineral yang hebat dan juga berserat. Beta-glukan, serat makanan utama yang terdapat dalam oat, adalah prebiotik, dan kajian menunjukkan diet yang kaya dengan prebiotik seperti gandum cenderung meningkatkan bakteria baik dalam usus.
6. Bayam
Bayam dan sayur-sayuran berdaun hijau lain adalah sumber magnesium yang kaya. Kandungan mineral akan menarik air ke dalam usus, membantu melembutkan najis dan melegakan sembelit
7. Makanan yang di peram (Sauerkraut)
Makanan yang diperam, seperti sauerkraut, memberi manfaat kepada kesihatan usus dengan memberi manfaat bakteria (probiotik) ke mikrobioma. Mikrobioma yang sihat sangat penting untuk kesihatan usus yang baik.
8. Susu awal lembu Kolostrum
Kolostrum mempunyai faktor pertumbuhan di dalamnya bagi membantu menyembuhkan lapisan mukosa usus yang boleh rosak dari keradangan. Kedua, ia mengandungi polipeptida atau PRP yang kaya dengan prolin yang membantu mengimbangkan sistem imun.
9. Salmon (Omega-3)
Penggunaan asid lemak dari Salmon atau suplemen omega-3 dapat mengurangkan aktiviti penyakit radang usus.
10. Yogurt
Yogurt mengandungi probiotik yang merupakan bakteria baik yang hidup di saluran pencernaan. Probiotik dapat membantu mengurangkan kembung, sembelit dan cirit-birit.
11. Madu Manuka
Kajian menunjukkan bahawa madu mengandungi sejenis prebiotik yang disebut fructooligosaccharides, yang membantu pertumbuhan probiotik dalam usus bagi membantu meningkatkan kesihatan usus secara keseluruhan.
12. Teh Jintan Manis (Fennel tea)
Teh jintan manis dapat membantu meredakan dan mengelakkan masalah angin (gas dalam badan) dan kembung.
13. Keju Kotej (Cottage cheese)
Keju kotej memberikan kultur probiotik yang mesra usus.
14. Gandum Bijiran Penuh
Kerana kandungan seratnya yang tinggi, biji-bijian dapat membantu pencernaan yang sihat dengan mengurangkan sembelit, dan membekalkan bakteria usus yang sihat.
15. Prun
Prun membantu mengurangkan sembelit. Serat tidak larut iaitu selulosa akan meningkatkan jumlah air dalam najis dan membantu mengatasi masalah usus yang tidak sihat.
16. Bawang
Bawang adalah sumber serat yang tidak cerna (prebiotik) yang kaya dengan fermentasi bakteria di usus besar, wujudkan asid lemak rantai pendek POSTBiotik yang disebut butyrate
17. Chia Seed
Biji Chia adalah sumber yang sangat baik untuk serat larut, bijian chia akan menebal dengan mudah ketika mereka bersentuhan dengan cecair.
18. Sup Tulang
Sup Tulang kaya dengan tulang rawan membantu meningkatkan kesihatan usus dengan baik, mengurangkan radang usus dan membantu menyembuhkan usus yang bocor.
19. Kekacang
Lentil, kacang, dan kacang buncis membantu masalah usus seperti sembelit. Ini kerana kacang mengandungi serat untuk memperbanyakkan najis yang kemudian membolehkannya lebih senang di rembes melalui badan.
20. Pudina
Pudina boleh meningkatkan sistem pencernaan.
Ya, inilah senarai 20 makanan yang boleh membantu mengatasi masalah usus dan memastikan usus kita sentiasa sihat. Usus yang baik adalah kunci di dalam menikmati kehidupan yang sihat.
Untuk mengetahuan anda, susu Kolostrum Fortico adalah susu awal lembu atau pra-susu yang amat sesuai di amalkan untuk memastikan kesihatan usus anda berada di dalam keadaan yang baik.
Berminat untuk mendapatkan info dan juga susu kolostrum Fortico ini boleh lah menghubungi kami melalui butang chat di bawah kanan dengan klik di situ. Atau anda juga boleh melayari web susu kolostrum fortico kami dengan klik di sini untuk info membuat tempahan.










0 Comments