Trafficwave

Aku dah boleh duduk bersila

Salam semua ... dah beberapa hari tak update blog. Sibuk dengan tugasan yang sememangnya tidak akan habis-habis ....

Anyway, kali ini nak bercerita pasal masalah yang aku hadapi sejak beberapa tahun yang lepas. Sebenarnya kisah ini dah lama cuma bila dah masuk 5 siri barulah terasa kesannya ...

Di sekitar 1996 jika tak silap.... waktu tu aku masih bekerja di kilang Sony. Di satu sessi ada game bola sepak. Entah macam mana, salah seorang pemain lawan (team QA) telah menyepak kaki kanan aku dari arah belakang... betul-betul kena kat urat keting ... (archilles tendon). Selepas di sepak, aku terus terhenjut-henjut dan dah tak boleh berpijak dengan kaki sebelah kanan lagi.


Terus keluar padang lah. 

Aku ingat kecederaan biasa-biasa sahaja. 2 minggu aku berjalan heret kaki kanan dan buat macam-macam terapi dan berubat. Akhirnya aku mengalah dan pergi jumpa specialist. Aku ingat lagi di Bagan Specialist. Tak sampai 5 minit, doktor pakar dah diagnos aku dengan archilles tendon rupture. Di sebabkan sudah lama, urat yang terputus semakin jauh di antara hujung ke hujung. Jadi kena buat pembedahan secepat mungkin.



Lama juga aku bersimen (plaster). Keadaan kaki di adjust 2 kali jadi jika dah boleh berjalan semula tak akan ada masalah besar untuk berpijak dan berjalan. Bila dah boleh jalan, memang okaylah sehingga lah aku meningkat tua .... (bukan dewasa .. hahaha).

Seingat aku di sekitar tahun 2015 semasa duduk di dalam masjid, aku mendapat kesukaran untuk duduk bersila. Kaki kanan memang terasa cekang sangat-sangat di sebabkan urat keting yang sudah pendek dari biasa. Bermula dari situlah aku memang tak boleh bersila. Jika bersila pun hanya boleh meletakkan kaki kanan dalam 45-60 darjah sahaja, tak boleh cecah lantai.


Bab berubat macam-macam lah. Spray sana, spray sini, makan sana, makan macam2 supplemen. Tak juga okay. Time duduk dalam masjid aku bersimpuh sahaja lah ... lenguh sikit adjust dan adjust.

Semalam 12-Feb-2021 di benarkan semula untuk solat Jumaat di masjid. Awal-awal dah pergi masjid takut tak boleh masuk. Dah dapat masuk, terbawa sejadah kecil pulak tak di terima. Nasib baik orang masjid sediakan sejadah besar untuk di pakai.

Okay lah ... apa yang bestnya semalam? Aku duduk bersimpuh agak lama la jugak sampai lenguh-lenguh. At last aku adjust ... try bersila lah ! Aku terfikir nak bersila sebab kaki kanan terasa ringan dan boleh di bengkok kan. Akhrnya aku try ... Yes ! Berjaya duduk bersila walaupun ada rasa sakit sikit-sikit tapi kaki kanan yang bersila dah boleh cecah lantai - 180 darjah !

Aku fikir-fikir balik ... the only different nya aku amalkan susu kolostrum fortico (igg plus) sejak hujung Jan-2021. Memang sejak amalkan susu ini sekali sehari aku rasa banyak perubahan. Gastrik dah kurang, makan lewat pun aku okay. Pagi-pagi aku rasa kenyang. Perut rasa okay dan rutin buang air besar setiap hari dan tidak sembelit. Paling ohsem ... gula dalam darah secara konsisten memang drop. Jika dulu memang yo-yo.

Dengan izin Allah, Alhamdullilah.

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka, berubatlah kamu.” [Riwayat Ahmad (12596)]

Dan finally ... Aku dah boleh bersila . Aku ingat lagi sapa yang tendang kaki kanan aku tu ... hahaha. Adat main bola !

Agak-agak ada yang nak try susu kolostrum Fortico ? Ada macam-macam susu kolostrum di pasaran, tapi bukan semuanya sama. Bagi aku, fortico tetap di hati menjadi pilihan no.1 untuk minum pagi-pagi sewaktu perut kosong.



Nak order fortico, klik sahaja di sini. Nak tanya, whatsApp saya . Ada button di kanan bawah untuk anda tekan dan whatsApp ataupun telegram.

Selamat bercuti hujung minggu !

Post a Comment

0 Comments