Salam Sejahtera semua !
Hari ini saya nak kongsikan bagaimana nak setup website WhatsApp commerce simple-simple dengan menggunakan app orderbli.
Orderbli ini sesuai di gunakan untuk mempromosikan 1 produk dan di mana pelanggan anda akan terus WhatsApp kepada anda untuk mendapatkan maklumat. Sekiranya anda menggunakan payment gateway seperti Billpz dan Toyyibpay, anda boleh integrasikan dengan orderbli.
Di sebabkan di Malaysia ini applikasi WhatsApp amat popular jadi menggunakan orderbli adalah satu teknik yang boleh membantu anda untuk meningkatkan sale dan engagement dengan bakal pembeli atau pun ejen.
Jika anda nak gunakan lebih daripada satu produk, boleh menggunakan orderla. Orderla juga adalah percuma di mana versi percuma membolehkan anda membina 3 forms (seperti menu atau katalog) dengan setiap form boleh isi sehingga 100 produk ! Memang ohsem. Tapi pada post kali ini, saya nak share tentang orderbli dahulu. Nanti akan saya share pulak macam mana nak setup orderla. Jika anda nak buat dulu .... pun boleh jugak, klik jer orderla di sini untuk daftar free .
Saya kongsi dulu web Whatsapp commerce satu produk saya kat sini untuk produk fortico. Nak tengok sampel web orderbli klik di sini .
Jom saya kongsikan langkah demi langkah nak buat web WhatsApp commerce orderbli ..... Bolehlah promote susu kolostrum Fortico bersama team saya (Yes ! hahaha)
Langkah 1 - Daftar akaun percuma dengan orderbli.com dengan klik di sini . Anda di sarankan untuk mendaftar dan jangan klik "cuba dulu" sebab jika anda terus cuba web tanpa daftar, anda tak boleh nak login dan buat ubahsuai dan lain-lain.
Langkah 2 - Login ke member area
Langkah 3 : Mula membina web WhatsApp e-commerce anda. Anda boleh masukkan 4 images yang bersaiz max 500 x 500 pxl dengan max 5MB .
Isikan informasi dan juga konten web anda secara ringkas. Masukkan harga dan harga promosi jika ada.
Anda boleh preview informasi yang telah anda masukkan dan sekiranya telah berpuas hati bolehlah anda tekan butang "save". Anda boleh edit web anda pada bila-bila dengan login ke member area.
Langkah 4 - Anda juga boleh isikan kos penghantaran dan juga payment gateway jika anda ada menggunakan Billpz ataupun toyyibpay. Jika tidak ada, anda boleh setup dulu payment gateway atau anda tak perlu guna pun okay jugak. Jika tak guna payment gateway, bakal pembeli dan ejen anda akan hantar WhatsApp pada anda dan selepas itu anda boleh berikan mereka maklumat untuk bank in sekiranya mereka berminat nak membuat pembelian ataupun menjadi ejen anda.
Langkah 5 - Jika anda pergi ke dashboard , anda akan dapat melihat database prospek yang telah menghubungi anda. Dengan cara ini, database anda akan berada di dalam satu sistem di mana anda boleh menghubungi mereka secara teratur. Jika database prospek anda hanya berada di dalam handphone whatsapp anda, kadang-kadang ianya hilang dan susah untuk anda mencarinya satu per satu.
Yes... itu dia dengan cepat, mudah dan padat anda sudah dapat menyediakan satu platform untuk bakal prospek anda menghubungi anda melalui whatsapp dan pada masa yang sama anda jika memiliki satu sistem database yang teratur.
Semoga tutorial ini bermanfaat. Jika ada pertanyaan boleh lah Whatsapp pada saya dengan klik butang di sebelah bawah kanan web ini.
Salam hormat dari Kaz !
UPDATE 23-MAR-2023
Saya dapati web orderbli telah di tamatkan atau tidak dapat di akses lagi baru-baru. Jika ada yang nak membuat WhatsApp form ataupun WhatsApp Commerce bolehlah menggunakan Orderla dengan klik di sini.
Tool ini lebih menarik dan mudah di gunakan walaupun oleh seorang beginner. Jika ada yang nak belajar dengan saya cara menggunakannya boleh sahaja meet di online untuk saya kongsikan caranya secara percuma... WhatsApp jer ye !
0 Comments