Trafficwave

Susu Kolostrum Fortico Minuman Kesihatan Seisi Keluarga

FORTICO adalah Susu Tepung Skim dengan Kolostrum Semulajadi


FORTICO
i
alah sejenis susu tepung rendah laktos yang mengandungi kolostrum lembu semulajadi dari New Zealand. Ianya mengandungi IgG untuk membekalkan faktor imunisasi dan pertumbuhan yang kuat bagi menjamin kesihatan yang unggul.

FORTICO menggunakan ramuan yang 100% semulajadi, tiada bahan pengawet, hormon dan bahan kimia, malah ianya diproses dengan teknologi tinggi dan merupakan makanan kesihatan yang tiada kesan sampingan .

FORTICO merupakan makanan tambahan yang bukan toksik, bukan alergik dan tidak bertindakbalas dengan makanan tambahan lain atau dadah. Produk IgG dari New Zealand ini sememangnya terkenal kerana pemprosesan dan bekalannya yang berkualiti dan konsisten.


Apakah KOLOSTRUM?

Apabila induk melahirkan anak, induk akan membekalkan kolostrum sebagai makanan pertama untuk anaknya. Kolostrum ialah cecair pra-susu berwarna kuning-kekuningan yang dihasilkan oleh mamalia selepas melahirkan anak. Manusia menghasilkan susu berkolostrum hanya dalam tempoh 24 jam yang pertama sahaja. Lembu pula menghasilkan kolostrum dalam tempoh yang lebih lama iaitu di antara 36 hingga 48 jam.

Komposisi Kolostrum

Perbezaan utama di antara kolostrum dan susu biasa ialah kolostrum mengandungi komponen bioaktif yang tinggi. Terdapat lebih daripada 90 jenis komponen di dalamnya, di mana komponen utamanya terbahagi kepada dua, iaitu faktor imun dan faktor pertumbuhan. Faktor imun terdiri daripada immunoglobulin (Ig). Berdasarkan kajian, kolostrum terdiri daripada 33% protein dan lebih 50% immunoglobulin (Ig). Kolostrum juga mempunyai banyak komponen khasiat seperti vitamin, mineral dan asid amino. Kesemua faktor ini bertindak secara sinergik untuk mengawal dan mengekalkan kesihatan.

Immunoglobulin (Ig) dan Sistem Imun

Immunoglobulin (Ig) ialah sejenis protein yang dihasilkan oleh sel plasma (sel B Lymphocyte) yang bertindak untuk mengawal sistem imun. Immunoglobulin (Ig) ini lazimnya disebut Immunoglobulin Gamma atau Immune Gamma Globulin. Sistem imun ialah satu organisasi kompleks yang merangkumi sel darah putih, tulang sumsum, antibodi dan Kalenjar Timus. Semua sel darah putih di dalam saluran darah adalah sel imun yang dikenali sebagai Leukocytes.

FAKTOR IMUN

Faktor imun ialah protein yang menyokong atau melaraskan sistem imun.

Terdapat beberapa jenis faktor imun iaitu :

  • IgG-Gamma Heavy Chains
  • IgM-Mu Heavy Chains
  • IgD-Delta Heavy Chains
  • IgE-Epsilon Heavy Chains
  • IgG-Alpha Heavy Chains
  • SlgA
  • Laktoferrin
  • Oligosakarid
  • Lysozymes
  • Laktalbumins
  • Polipeptid yang kaya dengan Prolin (PRP)
  • Sitokin : Interlukin 1&6, Interferon Y dan Lymphokines

 FUNGSI FAKTOR IMUN

Secara umumnya, faktor imun bertindak untuk:

  1. Memperkuat dan melindungi sistem pertahanan tubuh
  2. Melawan virus, bakteria, parasit, toksin
  3. Mencegah sakit usus, HIV, atritis, alergik
  4. Seimbangkan kandungan gula di dalam darah
  5. Efektif untuk melawan sel kanser
  6. Mengelak serangan penyakit dengan adanya Immunoglobulin

FAKTOR PERTUMBUHAN

Kolostrum juga membekalkan banyak faktor pertumbuhan yang mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan seperti:

 Insulin like Growth Factor – IgF 1&2

*Menurunkan kandungan gula di dalam darah

*Menurunkan kadar kolestrol, membakar lemak

*Anti penuaan, meningkatkan hormon

*Membaiki dan meningkatkan sistem RNA/DNA

Transforming Growth Factor – A&B

*Menguatkan tulang dan sendi

*Menyembuhkan luka-luka

*Memateri usus

Platelet-derived Growth Factor - PdgF

*Mengaktifkan sel-sel

*Menolong perkembangan sel neuron

*Regenerasi sel-sel

Epithelial Growth Factor - EgF

*Menyihatkan kulit

*Membaiki tisu selular

Fibroblast Growth Factor - FgF

*Membaiki struktur genetik

*Faktor homeostatik

*Membaiki tisu-tisu

Human Growth Hormone - HgH

*Anti penuaan

Apakah IgG?

IgG ialah salah satu komponen bioaktif utama di dalam Immunoglobulin (Ig). Kuantiti yang paling banyak didominasi oleh IgG, kedua IgA, ketiga IgM, keempat IgE dan kelima IgD. IgG merupakan antibodi terbanyak di dalam kolostrum lembu iaitu 86% manakala IgG yang didapati pada kolostrum manusia pula hanya 2% sahaja. Ini menunjukkan faktor IgG di dalam kolostrum lembu lebih tinggi berbanding IgG daripada kolostrum manusia, iaitu kira-kira 40 kali ganda. Kajian daripada “Colostrum The Ultimate Anti-Aging,Weight Loss and Immune Supplement” by Daniel G.Clark, M.D. and Kaye Wyatt, CNR Publications, 1996 telah menunjukkan bahawa IgG mempunyai faktor imun dan pertumbuhan yang kuat serta boleh membawa tubuh kita ke peringkat yang homeostatis, iaitu badan kuat dan kesihatan semulajadi yang sempurna.

Komponen Khasiat

Vitamin dan mineral ialah nutrien-nutrien yang perlu untuk metabolisme, pertumbuhan dan pembangunan badan kita. Ianya bertindak sebagai co-enzim, yang membolehkan proses secara kimia berlaku di dalam badan. Vitamin dan mineral tidak boleh diketepikan di dalam mengekalkan kesihatan. Jenis-jenis vitamin yang terdapat di dalam kolostrum ialah A,B1,B2,B6,B12,C dan E.

KEBERKESANAN KOLOSTRUM

Kajian melaporkan kolostrum boleh menyumbang kepada banyak manfaat, di antaranya ialah:

*Menghindarkan osteoporosis

*Melegakan atritis dan masalah auto imun

*Mengawal gula di dalam darah

*Melawan patogen yang di bawa oleh makanan dan air

*Mengurangkan lemak dan membina otot

*Penyakit hati

*Anemia

*Ulser

*Pankreatitis

*Sebagai alatan kosmetik

*Mencerdaskan otak

*Meningkatkan potensi keseluruhan sistem badan

*Meningkatkan prestasi seksual

*Melewatkan penuaan

*Menggiatkan prestasi organ-organ dalaman

*Menguatkan ingatan

*Meningkatkan fungsi imun dan memberikan lebih perlindungan



Dapatkan susu kolostrum Fortico (dulunya IgG Plus) dengan klik di sini sementara promosi beli 3kotak percuma 1 kotak masih berjalan !



Post a Comment

0 Comments